Wednesday, July 29, 2009

Hujan

Semalam hujan waktu pagi, aku rasa serba salah nak gi kerja. Maklum laa, moto dah tak der fender depan. Aku rasa kalau pegi time lepas hujan mau semua air yang aku langgar nak kat kepala aku, cam mandi. Jadi untuk mengelak perkara buruk yang akan memburukkan baju aku...aku ngular ke lepak minum-minum ngan Abg Ket. Lepak kat Molek laaa. Layan majalah MyChopperz 2nd edition. Agak-agak dah kering dan tiada kesan air hujan atas jalan aku pon chalo gi pejabat. Terpaksa apply half day.

Tuesday, July 28, 2009

Choppersgarage - Elkay Lee



Teknik nie biasa jer org guna....hilangkan org belakang... latabelakang dia aku cuba gunakan steel. nampak lebih cool dan kaler base hijau tua. sebenarnya nak buat warna lebih gelap tapi hasilnya cam nie jer laa kira ok

Choppersgarage - Eddyz


Kali nie, aku amik aku sebagai model. heheee boleh laa.....masa tu aku tengah sangkut dibawa jambatan sebab hujan. Nie time masa nak gi family day CG. Teknik kali, agak mudah dan base kaler dia pun hitam. cuma gambar model tu aku kasi kaler kelabu, supaya ada nampak beza dgn base kaler.

Choppersgarage - Ijam


Aku tengah bersemangat guna photoshop, jadi inilah design yang tak seberapa. Aku cuba untuk membuat lebih bertenaga dengan warna yang terang. Model ini memang agak unik dan one in the world....the long hang iejam....

Thursday, July 23, 2009

Windows 7 Build 7600 Adalah Versi RTM?

Setelah melepaskan Windows 7 RC pada bulan Mei, kini pembangunan Windows 7 sudah mencapai tahap RTM (Release-To-Manufacturer). Windows 7 Build 7600 yang kini mulai tersebar di beberapa laman torrent dikatakan adalah versi RTM. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada Microsoft.
Windows 7 Build 7600
Seperti versi-versi pembangunan sebelum ini, versi pembangunan kali ini juga berasal daripada Rusia, dan menurut laman Wzor, Build 7600 adalah berkemungkinan besar adalah versi akhir Windows 7 RTM. Daripada tarikh yang didapati pada versinya (6.1.7600.16384.win7_rtm.090710-1945), kita dapat melihat yang mana ianya telah dihimpunkan pada 10 Julai, iaitu tiga hari sebelum ini. Sebelum ini, dikatakan Windows 7 RTM akan dihimpunkan pada Julai 13, dan berkemungkinan besar, mungkin terdapat versi yang lebih terkini daripadanya.
Windows 7 dijangka akan dilepaskan pada 22 Oktober 2009, dan pembangunannya dilakukan dengan amat drastik sekali buat masa ini. Masih tiada sebarang perubahan pada versi RTM berbanding dengan versi RC, kecuali perubahan pada wallpapernya. Mungkin terdapat sedikit perubahan yang masih belum dikenal pasti buat masa ini, yang mana mungkin akan diumumkan oleh Microsoft dalam masa terdekat ini.

Dipeti dari sumber http://amanz.my/ (good info IT kat sini)

Wednesday, July 22, 2009

First Ride Aku bersama warga ChopperGarage

Port Dickson Bike Week 2008 adalah first time aku ride bersama diaorang. Tapi masa pegi aku solo ride jer..... On the way tu nasib baik tak langgar babi cross the road... hehehe cam kat strugis lak ...ada wild lifes ..... Tapi aku pegi balik hari jer. Dapat laa buat sunset ride yang ntah memana dia orang punya PDBW organiser pegi....cam syok sendiri jer.


Ada satu gambar jer yang sempat diseludup.

Tahun nie bulan 1 Ogos ada lagi.......Tunggu laa kedatangan aku lagi. Best woooww.

CHOPPER GARAGE






Web untuk yang berminat Easyrider or Lowride. Kapasiti CC tiada diskriminasi. V-twin ker single CAM ker boleh layan sekali. Kaya, miskin, Boss atau kuli...boleh layan sekali. Kalau ada masa aku nak masuk balik semua event yang aku join dengan mamat2 yang cool n sengel nie. Banyak lagi nie aku carik balik gambar-gambar lama. Nak buat karangan jer masalah sikit...sebab citer dah lama

Dah setahun aku kenal dengan dia orang nie. Walaupun dalam masa yang singkat, kemesraan antara aku ngan diaorg memang ngam. We are Brother.......... Aku rasa macam dah kenal diaorang nie dari masa zaman tadika jer. Itu lah bila kita selalu bermusafir(ride) bersama, memang boleh mengenali hati busi masing-masing. Betul kata nabi, untuk kita kenal seseorang, maka bermusafirlah bersamanya. Masa nie lah terbongkar segala baik buruk perangai seseorang. Tapi kena lebih dari 3 hari laaa...baru tau.... ada bahan lagi aku akan post kan event ride aku....