Setelah melepaskan Windows 7 RC pada bulan Mei, kini pembangunan Windows 7 sudah mencapai tahap RTM (Release-To-Manufacturer). Windows 7 Build 7600 yang kini mulai tersebar di beberapa laman torrent dikatakan adalah versi RTM. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada Microsoft.
Windows 7 Build 7600
Seperti versi-versi pembangunan sebelum ini, versi pembangunan kali ini juga berasal daripada Rusia, dan menurut laman Wzor, Build 7600 adalah berkemungkinan besar adalah versi akhir Windows 7 RTM. Daripada tarikh yang didapati pada versinya (6.1.7600.16384.win7_rtm.090710-1945), kita dapat melihat yang mana ianya telah dihimpunkan pada 10 Julai, iaitu tiga hari sebelum ini. Sebelum ini, dikatakan Windows 7 RTM akan dihimpunkan pada Julai 13, dan berkemungkinan besar, mungkin terdapat versi yang lebih terkini daripadanya.
Windows 7 dijangka akan dilepaskan pada 22 Oktober 2009, dan pembangunannya dilakukan dengan amat drastik sekali buat masa ini. Masih tiada sebarang perubahan pada versi RTM berbanding dengan versi RC, kecuali perubahan pada wallpapernya. Mungkin terdapat sedikit perubahan yang masih belum dikenal pasti buat masa ini, yang mana mungkin akan diumumkan oleh Microsoft dalam masa terdekat ini.
Dipeti dari sumber http://amanz.my/ (good info IT kat sini)
No comments:
Post a Comment