Pagi tadi masa dah siap-siap nak bertolak ke tempat kerja, motor aku tak leh nak start. Puas lah aku suis on - off dan free kan gear berkali-kali. Muka dah pucat..... "Aiisay...today nak kena amik MC ke nie.....??" itu yang terkeluar dari mulut aku.
Namum semangat power ranger untuk ke ofis masih ada, dan dengan sisa-sisa masa tambahan sebelum aku buat keputusan drastik, aku tolak motor yang agak gedabak tu macam nak gi jogging pagi.. eh dah lama aku tak gi jogging kan.. ok sambung balik... agak-agak dan laju sikit aku lepas klac....dalam keadaam gear 3, bunyi macam nak start tapi tak berjaya lagi... masuk kali ke-3, dikala peluh sudah hampir nak keluar dari permukaan kulit aku, motor aku pon berjaya dihidupkan. Waduh waduh..... nasib baik leh gi kerja.
Aku bernasib baik kerana motor aku baru berkapasiti 250 cc, kalau 500 cc keatas.....gamak nya kena gi amik MC ler....
hehe..:)
ReplyDeletekat sini pun ramai yg dah ketawa....terima jer la....
ReplyDelete