Sunday, August 30, 2009
Merdeka....Merdeka.....Merdeka......
Apakah laungan ini bermakna bagi korang semua?....... Bagi yang minat benda-benda sejarah, memang aku respek laaa....sebab orang yang menghayati merdeka nie mesti yang suka subjek sejarah. Aku minat gak subjek nie....kena pulak ada cikgu cantik lak yang mengajar....perghh sampai hari nie boleh ingat lagi apa yang dia cakap kat depan kelas.
Merdeka bagi aku ialah, bukan saja kita mampu bebas dari telunjuk orang asing tapi mampu membuat keputusan sendiri samada baik atau buruk keputusannya nanti. Sama la macam menunggang motor, kebebasan terasa bila masa kita memulas minyak.....dan motor meluncur laju meninggalkan segala perasaan yang membosankan. Bebas dari kesesakan lalulintas, bayar tol dan hanya pikir kita hanya maintain 2 tayar jer.... tapi kalau roadtax dah mati dan lesen pon tak hidup, mula laa rasa kemerdekaan itu tersentap pabila nampak kon-kon ditengah jalan. Walaupun hanya kontrak tengah buat kerja penyenggaraan jalan, rasa seram tu ada laa sikit-sikit. Moral : gi la hidupkan roadtax dan lesen memandu....wakakaa.
Tahun ini kerajaan bertuah kerana mampu berjimat sebab event perarakan, bunga api dan kasi bendera free tak der. Cuma dapat memberi dalam bentuk semangat kata-kata, itu pon kira ok laa daripada senyap jer.
Malam merdeka tadi aku rasa terharu dengan filem Hati Malaya, terharu lagi bila cerita nie tayang kat panggung tak laku, tapi bila tayang kat TV ramai yang suka tengok. Ini lah sikap orang Malaya yang ada dalam jiwa, semua barang nak freee.... aku pun samaa....
Ok laa, aku nak sambung tido balik sebab kalau waktu nie bukan bulan posa dah lama aku gi ride jejauh dah nie. Tapi tak per aku gi ride dekat-dekat jer hari nie macam gi kedai mamak ke, gi pasar ramadhan ker....dan sewaktu dengannya. Adakah anda seorang yang Merdeka???
Labels:
Personal Issue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ramadhan..
ReplyDeletehepi indepndence day..
view my blog..akukay.blogspot.com
salam ramadhan kembali.....
ReplyDelete