Jaguh Drag ini adalah dari Ipoh. Pembuatan memang kemas dan menarik. Dengan kombinasi warna oren dan krom. Sportrim yang cantik yang sama warna dengan 'main body'.
Model - Modenas Jaguh Bn175
Enjin - BN 175
Chasis - Potong belakang n depan kasi panjang
Rake - 38 darjah
Ekjoz - Reaper Style with end tip slash cut
Tank - Cobra King shape with tzm fuel cap
Carb - ETC
Thank to Ohm for picture.
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
Merdeka....Merdeka.....Merdeka......
Apakah laungan ini bermakna bagi korang semua?....... Bagi yang minat benda-benda sejarah, memang aku respek laaa....sebab orang yang menghayati merdeka nie mesti yang suka subjek sejarah. Aku minat gak subjek nie....kena pulak ada cikgu cantik lak yang mengajar....perghh sampai hari nie boleh ingat lagi apa yang dia cakap kat depan kelas.
Merdeka bagi aku ialah, bukan saja kita mampu bebas dari telunjuk orang asing tapi mampu membuat keputusan sendiri samada baik atau buruk keputusannya nanti. Sama la macam menunggang motor, kebebasan terasa bila masa kita memulas minyak.....dan motor meluncur laju meninggalkan segala perasaan yang membosankan. Bebas dari kesesakan lalulintas, bayar tol dan hanya pikir kita hanya maintain 2 tayar jer.... tapi kalau roadtax dah mati dan lesen pon tak hidup, mula laa rasa kemerdekaan itu tersentap pabila nampak kon-kon ditengah jalan. Walaupun hanya kontrak tengah buat kerja penyenggaraan jalan, rasa seram tu ada laa sikit-sikit. Moral : gi la hidupkan roadtax dan lesen memandu....wakakaa.
Tahun ini kerajaan bertuah kerana mampu berjimat sebab event perarakan, bunga api dan kasi bendera free tak der. Cuma dapat memberi dalam bentuk semangat kata-kata, itu pon kira ok laa daripada senyap jer.
Malam merdeka tadi aku rasa terharu dengan filem Hati Malaya, terharu lagi bila cerita nie tayang kat panggung tak laku, tapi bila tayang kat TV ramai yang suka tengok. Ini lah sikap orang Malaya yang ada dalam jiwa, semua barang nak freee.... aku pun samaa....
Ok laa, aku nak sambung tido balik sebab kalau waktu nie bukan bulan posa dah lama aku gi ride jejauh dah nie. Tapi tak per aku gi ride dekat-dekat jer hari nie macam gi kedai mamak ke, gi pasar ramadhan ker....dan sewaktu dengannya. Adakah anda seorang yang Merdeka???
Thursday, August 27, 2009
Akibat Lewat......
Semalam aku terlewat gi kelas........ balik dari opis jer dah kuyup......tapi masih bergaya seorang biker.....hehee eksyen tak pakai baju hujan..... sampai rumah terus mandi dan siap-siap nak gi kelas... calling bantuan bumbung bergerak...... sebab hari masih hujan...... sambil-sambil tunggu, mata kuyu. Bantuan lambat lak tu sampai.
Lebih kurang setengah jam baru sampai, dah laa lambat masuk kelas nie pastu pulak tak beli apa-apa nak berbuka posa. Last-last dapat offer McD...tapi dah kena gigit 45 peratus. Belasah jer laa, tak da masa perlu aku buang nak fikir masalah negera sekarang nie.
Sampai kelas jer, 10 minit terus break buka posa. Lecturer pon cam nak terus ngajar jer cam duk kat UK lak dia... ingat yang lain tak posa kaa..... siap ada yang nak adzan dah dalam kelas tu. Bila time berbuka, aku pon bukak burger yang dah separuh, tak sampai 2 minit dah abih.......air lupa nak beli..... terpaksa lalu tepi toilet tu ada air pancut.....belasah jer laaa karang baru aku gi beli air kat kantin. Nak 'pau' orang segan laa pulak.....karang rasa cam gengster along lak ...belasah minuman orang lain....

Wednesday, August 26, 2009
Kedinginan yang Melampau kat Ofis
Arrghh....sejuknya.... dah laa lemak dalam badan gred C jer ....gila laa bilaa duk kat ofis macam duduk kat dalam peti sejuk. Teringat masa gi ride dari Rantau Panjang ke Tasik Banding....siap pakai seluar pendek lagi... berhenti kat RnR Banjaran Titiwangsa...siap kabus sampai tak nampak kawan sebelah.... mampukah gi keja pakai cam nie......aduihh..kebas jari.....macam nak beku darah nie.....
Tuesday, August 25, 2009
Suatu Petang Sebelum Berbuka Posa
Semalam tetiba lecturer cakap kelas bermula lepas berbuka.........aku ingat nak berbuka kat lab jer....tapi memandangkan aku hanya berbekalkan air kotak susu full cream ngan gula-gula ubat batuk cap kelapa laut. Tapi tengok awek2 kat kelas aku semua bawak heavy-heavy punya tapau.....perut aku mula jelous...
Dah laa tinggal aku sorang jer lelaki Melayu Terakhir dalam lab tu........ "Ahh ..Ini tak leh jadi....kena carik puak juga nie...karang tak pasal-pasal aku 'pau ' apa yang diaorang tapau.... Tetiba mata aku terpandang kat fourm Choppersgarage ada satu mamat nie masih online...... apa lagi ...aku terus call
"Ket...kau kat ofis yaa......Jom Molek......" aku ayat power seorang jejaka berusia beratus tahun tu keluar. 15 minit sebelum time berbuka, aku pun undur diri dari lab yang penuh dengan anak dara.....hehee..malu lak rasa duduk sensorang je lelaki.
Bila duduk kat atas motor, mula laa ego cam gengstar aku terserlah.....Dengan laju nyer aku tapau semua orang sampai pintu gate..... Sampai kat Molek, aku nampak ghamai nya orang dah chop tempat duduk. Dalam hati aku cakap kalau tak der tempat, aku lepak kat kedai runcit jer laa.
Aku ternampak satu lambai lemah dari seorang yang berpuasa penuh, hehehe Abg Ket. Dia lagi cepat sampai walaupun berbekalkan motor spesis kapcai.
Ingat nak lahap nasi kerabu tapi hampa, dah habis cuma tinggal daun ulam jer. Jadi aku pun gi la beli agar-agar atau bahasa kat tempat aku dulu panggil 'lengkong'. Color boleh tahan .......berjaya menghabiskan duit aku sebanyak 2 juta.
Lepak sembang ngan Ket ......waktu berbuka pun tiba, makanan yang diorder sebelum nie tak sampai-sampai. Nasib baik air dah ada, kalau tak mau kena tenungan maut dari aku.
Memang biasa laa, berbuka kat kedai makan. Mesti tunggu lepas terawih baru sampai makanan nie. Aku pun belasah jer makan agar-agar .....boleh tahan laa tak der laa rasa macam makan slipar cam selalu. Cuma agar laici jer rasa macam makan plastik sampah. Ket belasah makan gula-gula kacang macam white rabbit yang pernuh dengan melamin..... Pastu bayar ....aku choww balik ke lab ...... Dalam lab, perut kau lapar lagi......

Monday, August 24, 2009
Hari ini yang Membosankan
Hari nie aku rasa agak bosan, mana tak nyer kalau server asyik problem jer. Aku rasa tahun nie KPI aku kira down laa...... banyak kerja yang di schedule kan macam anak bulan syawal tak kelihatan. Kurang laa bonus aku tahun nie....
Aku rasa macam nak tukar keje jer tapi apa kan daya, reski masih di tempat sekarang masih melimpah. Kadang rasa macam tak mo turning back lagi, macam mana rasa nya tak der keje tetap. Masa tu memang laa keje ikut suka, sebab tak terikat apa-apa perjanjian. Namun bila-bila masa boleh kena tendang....
Punya bosan nya aku hari nie sampai boleh berkhayal lagi nie...... siap terkenang masa dulu..... bila laa keje nak siap....... server nie pun aku tak siap-siap lagi. Siap dah contact orang Singapura, Hong Kong dan entah mana lagi.......
Jadi busan-busan aku pon layan laa blog kenkawan...... ada masa aku update blog aku nie...... Waahhhh ...busann nya hari aku......kawan aku boleh gi bercuti gi bali.. keja dia semua kena longgok kat aku....... busannyaaaa....
Nie yang rasa macam nak kacau orang jer nie.....sapa laa mangsa aku........... We will see.....
Saturday, August 22, 2009
Masterpiece from HungryGhost Custom Inc.
'Jaguh Rigid' - wow.....memang marbelous laaa, dengan suicide gearing shift. Harley sportster tank dan pakai seat pan, memang konsep klasik bobber. Memang menarik motor nie, aku berminat tapi tak sempat nak sambar sebab budget tak mengizinkan aku.
The main chasis dah extend 3 inci dan no more suspension on this bike...hehehe kalau jalan jauh mau hilang buah pinggang........only real men rides rigid..... To the builder, that is a damn good masterpiece you have create...... aku tak der model nak bikin motor aku......
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan Tiba Lagi
Maybe ada ride sahur this posa season tak pon ada majlis berbuka..... hopefully can joint the gang. Bila dah start belajar nie, banyak kena korban masa, masa dan masa. Harap kali nie boleh belajar sampai habis laa...no more half way..... and no more turing back, i'm feel too old to do it all back.
Bulan posa nie, ingat nak berbuka kat masjid lah..... lebih selesa. Malas nak gi pasar2 nie, sebab too many choice and at last, I'm not buying anything. Lagi pun class pun waktu petang....maybe aku spare some kurma or 'paw' awek-awek kat class....heheeee.
BratStyle...from Japan...
Ini adalah konsep motor dari jepun. Aku minat konsep nie kerana dia ringkas ngan kool.... Aku mungkin nak cuba aplikasikan konsep nie kat motor jaguh...itupun kalau dapat beli ngan murah dan aku ku hantar ke HungryGhost garage.... Tengah kumpul budget....... mungkin dalam 5riban juga laaa
Bentuk motor yang aku minat dalam konsep bratsyle. Klik gambar moto kalau nak tengok full view........
Monday, August 10, 2009
Kena Deman
Dari hari Khamis lepas sampai hari nie baru sembuh skit dari deman. Kecut gak perut bila kecoh pasal H1N1. Terasa macam salah satu suspek lak. Tapi alhamdulillah...dah sembuh nie ...... Hopefully tak der laa kena lagi buat masa terdekat nie. Tengok org semua pakai mask rasa macam aku keje kat kilang Motorola dulu-dulu. Siap kena pakai baju hujan tuu dalam production floor.
Boleh tahan laa penangan babi nie....sampai selsema nie pon aku ingat kena samak gak laa ngan air tanah.
Boleh tahan laa penangan babi nie....sampai selsema nie pon aku ingat kena samak gak laa ngan air tanah.
Wednesday, August 5, 2009
Handpon old skool
PDA aku tak leh pakai....batteri kong... Selongkar dalam bakul mainan 'Dania' .....jumpa laa hanpon zaman bujang dulu.... belasah pakai dulu. Bateri dia masih kukuh tapi nak dapat signal penya laa payah. Yalaa sekarang dah macam2 signal....2G laa 3G laaa. Hanpon nie hanya setengah G jer..... macam org sesat dalam hutan lak cari signal bila nak call. Tunggu next pay day baru boleh ganti bateri PDA aku..... right now I'm back to the old skool......
Free Drink......
Pepagi nie ada laa stesyen radio buat promosi and give free drink..... bagus gak kalau ada hari-hari, sihat poket aku..... bagus untuk kesihatan. Tapi pepagi cam nie minum sejuk-sejuk tu yang tak tahan. Biasanya selalu aku minum air panas pepagi nie. Terbatuk batuk aku kat depan PC nie. Ada peluang nak amik MC....hheheheeee
Ole-Ole dari PDBW
Aku tak tau apa nak beli masa PDBW jadi aku beli laa sapu tangan tahun 2004 dari Violent Storm MC 3 RM 10. Satu aku kasi kat Napi D'Virus......satu lagi tak sempat nak cari pewaris...jadi aku belasah laa dua-dua tu. Satu dah basah masa balik dari PD, hujan ditengah jalan.
Ingat nak sambar kasut converse old skool..tapi saiz does matter lak.....kaki aku sama saiz ngan 'godzilla'...... nak beli baju, rasanya aku lebih suka baju yang tak der kena mengena ngan motor, lebih nampak true biker not a posser....
Tuesday, August 4, 2009
Ada selsema laa Hari nie
Hari nie hidung aku ada sumbat sikit dan pastu cair jer rasanya. Biasa laa kalau cuaca sejuk-sejuk nie, hidung pun basah. buat keje pon rasa macam malas semacam. Rasa macam nak MC jer........aarrrghhhh........ aaaarrrcchhuummm....... berair monitor aku.....nasib baik tiada kena mengena dengan 'selsema barbie'.....heheee
Sunday, August 2, 2009
PD Bike Week
1 Ogos - Siap-siap pun macam malas sebab tengok kat luar tingkap masih gelap walaupun jam dah kul 9 pagi. Hujan lak pagi nie, mau basah lagi jalan. Nie lah masalah bila tak pakai fender depan...nasib baik tak tanggal lagi fender belakang.
Pagi tu keluar breakfast dulu ngan Ohm... layan nasi lemak ngan teh O. Balik dan prepare for ride. On 'da way pegi tempat menunggu bebudak CG tu ada hujan sikit.... diaorang nasib laaa... Sampai tempat yang dijanjikan ngan Napi Daddy Virus. Sampai jer napi, dia punya motor ada kuar api kat eksos. Kalau ada daging kambing letak kat eksos tu boleh masak wooo.... bunyi memang macam meriam buluh laa. Poww...powww....poww...
Selang berapa minit, dari jauh bunyi macam orang iring orang mati cina lalu..... tengok motor macam kena.......Budak CG ......apalagi......kasi kejar laaa...
Sempat potong dia punya cip.......uncle BOB...... dia kasi signal perut belum isi minyak.... aku pon bawak ke destinasi yang sepatutnya. Jumpa laa Ohsai dari kedah ngan kawan dia Zahid, neng dia tak bawa.....hahahaa(kenangan di Rantau Panjang).

Masih ada yang tertinggal, sementara tu aku bawak kutu-kutu yang kaya gi cucuk duit kat polytek. Jumpa minah tah mana muncul nak join sekali gi PDBW, aku ok jer.....aku cakap, "kita org tak kisah, tapi jangan laa takut pada muka-muka yang ganas dan bad asss nanti" ...dia kata "ok jer"......
Semua dah sampai dan melahap tahap jinn......kita orang pun gi laa gegar Eagle Ranch. Tapi this year rasa kurang sambutan laaa ...ramai yang gi berhimpun kat KL kot buat demo......
Day Before Port Dickson Bikes Week
31 Julai - Aku amik off day, kasi relek2 kat umah sebelum bertolak ke PD. Petang jumaat tu kasi solo ride ke PD dan check-in kat kondo company aku lebih kurang kul 5 petang. Perjalanan lebih kurang 1 jam, solo ride boleh laa belasah abih.....
Sampai jer kat kondo, kasi rilek otot kaki dan bontot yang agak kebas. Fuhhh...3 bilik datang sorang....... takkan nak duk sorang. Aku dah konfim ngan Ohm(Pako) yang dia turun dengan kerabat dia.
Sementara nak tunggu dia, aku call datot(Elkay) ......."wooii aku kat SJR tepi jalan nie.... kau kat kl kaa??" tanya datot... "Mana lak ..aku kat PD laaa.......wakakakaa" kata aku. Terpampang suara seterusnya bernada perasaan jeles dan tension dari datot.......rilek laa datot...next year masih ada......
Aku call Napi(D'Virus) tapi asyik masuk mailbox jer...... So aku pun ingat nak balik Shah Alam kalau tak dapat call mamat nie. Tiba-tiba kul 6.30, mamat nie call aku...jadi tak jadi balik sebab dah kena virus PD.
Sempat laa aku mamam kat umah dia, thank for the hospitality for me. Malam aku tolong "tengok jer" mamat nie spray motor kasi hitam sebab nak hilang warna karat yang asli. Beli satu tin tapi nak sembur satu motor...... apa laa punya jimat. Sempat aku menge'pau' side plate n back lamp.
Sementara menunggu org 'ipoh pegey' sampai .....aku lepak ngan napi borak-borak kat kedai ayam golek. bergolek-golek ayam kat situ. Masa nie kira CG Lepaking session chapter PD laa walaupun 2 orang jer. Masa nie dengar citer yang lepak kat MMZ pun 4 kerat jer..... semua takut nak keluar sebab banyak rodblok.
Abih time visa si napi, kul 1 dia chow....janji esok jemput budak ChopperGarage(CG) kat hiway. Memula plan nak gi RnR Seremban.....tapi dah tido kul 3 pagi .....terus kensel...tunggu kat PD jer laa.
Ohm sampai kul 2 pagi, sebelum tu aku lepak kat kedai makan kat PolyMall. Awek kat situ boleh tahan laaa......layan skrin besar citer Gone in 60Sec. Beli siap-siap berus gigi ngan minyak rambut..... ingat petang nak balik Shah Alam ...kensel punya pasal kena beli....
Balik kondo .....layan sembang sikit terus bambam..........kul 7 30 baru jaga ........tengok napi sms kata hujan lebat.......bambam balik...zzzZZZZZ

Subscribe to:
Posts (Atom)