Wednesday, July 29, 2009

Hujan

Semalam hujan waktu pagi, aku rasa serba salah nak gi kerja. Maklum laa, moto dah tak der fender depan. Aku rasa kalau pegi time lepas hujan mau semua air yang aku langgar nak kat kepala aku, cam mandi. Jadi untuk mengelak perkara buruk yang akan memburukkan baju aku...aku ngular ke lepak minum-minum ngan Abg Ket. Lepak kat Molek laaa. Layan majalah MyChopperz 2nd edition. Agak-agak dah kering dan tiada kesan air hujan atas jalan aku pon chalo gi pejabat. Terpaksa apply half day.

Tuesday, July 28, 2009

Choppersgarage - Elkay Lee



Teknik nie biasa jer org guna....hilangkan org belakang... latabelakang dia aku cuba gunakan steel. nampak lebih cool dan kaler base hijau tua. sebenarnya nak buat warna lebih gelap tapi hasilnya cam nie jer laa kira ok

Choppersgarage - Eddyz


Kali nie, aku amik aku sebagai model. heheee boleh laa.....masa tu aku tengah sangkut dibawa jambatan sebab hujan. Nie time masa nak gi family day CG. Teknik kali, agak mudah dan base kaler dia pun hitam. cuma gambar model tu aku kasi kaler kelabu, supaya ada nampak beza dgn base kaler.

Choppersgarage - Ijam


Aku tengah bersemangat guna photoshop, jadi inilah design yang tak seberapa. Aku cuba untuk membuat lebih bertenaga dengan warna yang terang. Model ini memang agak unik dan one in the world....the long hang iejam....

Thursday, July 23, 2009

Windows 7 Build 7600 Adalah Versi RTM?

Setelah melepaskan Windows 7 RC pada bulan Mei, kini pembangunan Windows 7 sudah mencapai tahap RTM (Release-To-Manufacturer). Windows 7 Build 7600 yang kini mulai tersebar di beberapa laman torrent dikatakan adalah versi RTM. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada Microsoft.
Windows 7 Build 7600
Seperti versi-versi pembangunan sebelum ini, versi pembangunan kali ini juga berasal daripada Rusia, dan menurut laman Wzor, Build 7600 adalah berkemungkinan besar adalah versi akhir Windows 7 RTM. Daripada tarikh yang didapati pada versinya (6.1.7600.16384.win7_rtm.090710-1945), kita dapat melihat yang mana ianya telah dihimpunkan pada 10 Julai, iaitu tiga hari sebelum ini. Sebelum ini, dikatakan Windows 7 RTM akan dihimpunkan pada Julai 13, dan berkemungkinan besar, mungkin terdapat versi yang lebih terkini daripadanya.
Windows 7 dijangka akan dilepaskan pada 22 Oktober 2009, dan pembangunannya dilakukan dengan amat drastik sekali buat masa ini. Masih tiada sebarang perubahan pada versi RTM berbanding dengan versi RC, kecuali perubahan pada wallpapernya. Mungkin terdapat sedikit perubahan yang masih belum dikenal pasti buat masa ini, yang mana mungkin akan diumumkan oleh Microsoft dalam masa terdekat ini.

Dipeti dari sumber http://amanz.my/ (good info IT kat sini)

Wednesday, July 22, 2009

First Ride Aku bersama warga ChopperGarage

Port Dickson Bike Week 2008 adalah first time aku ride bersama diaorang. Tapi masa pegi aku solo ride jer..... On the way tu nasib baik tak langgar babi cross the road... hehehe cam kat strugis lak ...ada wild lifes ..... Tapi aku pegi balik hari jer. Dapat laa buat sunset ride yang ntah memana dia orang punya PDBW organiser pegi....cam syok sendiri jer.


Ada satu gambar jer yang sempat diseludup.

Tahun nie bulan 1 Ogos ada lagi.......Tunggu laa kedatangan aku lagi. Best woooww.

CHOPPER GARAGE






Web untuk yang berminat Easyrider or Lowride. Kapasiti CC tiada diskriminasi. V-twin ker single CAM ker boleh layan sekali. Kaya, miskin, Boss atau kuli...boleh layan sekali. Kalau ada masa aku nak masuk balik semua event yang aku join dengan mamat2 yang cool n sengel nie. Banyak lagi nie aku carik balik gambar-gambar lama. Nak buat karangan jer masalah sikit...sebab citer dah lama

Dah setahun aku kenal dengan dia orang nie. Walaupun dalam masa yang singkat, kemesraan antara aku ngan diaorg memang ngam. We are Brother.......... Aku rasa macam dah kenal diaorang nie dari masa zaman tadika jer. Itu lah bila kita selalu bermusafir(ride) bersama, memang boleh mengenali hati busi masing-masing. Betul kata nabi, untuk kita kenal seseorang, maka bermusafirlah bersamanya. Masa nie lah terbongkar segala baik buruk perangai seseorang. Tapi kena lebih dari 3 hari laaa...baru tau.... ada bahan lagi aku akan post kan event ride aku....





LEpak maSa PEmbukAAn RasMi HD KL

Tempat: Naza Automall Petaling Jaya
Tarikh: 20 Oktober 2008
Hari: Isnin
Masa: 7.00 malam hingga 10.30 malam (acara akan bermula pada jam 7.30 malam).






SilverState 2nd May






Hari Kedua:

8.30am – Semua dah bangun dan beratur mandi….. pastu mamam …

9.45am – Ready to rock n roll. Pako and Min kena naik bas kat Pantai Remis, yang lain…… Ke lumut untuk cari “kawanku” …

10.15am – Jumpa A.P. di Seri Manjung kat kedai motor Sasuka. HG tukar bateri virago, Techman tukar grip baru.

11.10am – Makan kat kedai cili merah dekat dengan kedai motor Sasuka. A.P flagoff kitaorg..c..u.. next time.

12.00pm – teruskan perjalanan ke Sagari – Terong – Bukit gantang(bob kecewa tak berhenti kat gerai2 buah durian) – Cangkat Jering – Masuk highway PLUS – Bukit Merah.

2.00pm – sampai kat homestay apartment laketown resort – pako and min sampai dengan abg hensem Pet. pastu Pet hilang ntah kemana……..

3.30pm – ready nak gegarkan Water Park ……masuk parking VVIP kat depan pintu masuk.

4.00pm – main air macam budak2 – tube slide – body slide – bomerang slide (bob jer yg tak naik) – and water bubble macam royal rumble kat WWE.

6.30pm – kena halau dari water park…. lepak makan2 kat gerai situ.

7.30pm – windows shopping kat kedai disitu….pastu terus gi masuk haunted house…bau hancing gila….

8:40pm – tangkap gambar dengan badut yg bisu…… bob punya side kick

9.00pm – balik apartment dengan kelam kabut, tiba2 hujan turun

10.00pm – layan james bond pastu turun gi minum kat kedai …..

12.00pm – semua padam …bateri weak…… hari hujan lagi

SilverState Ride 1st May




Hari Pertama:

7:15am – RV di Petronas Bukit Jelutong. Flag off by redskull(sedey tak dapat hikut).

7:40am – Roll on ikut Setia Alam dan Kapar led by HG(antu)

8:10am – HG punya kepala bateri patah…. and stop at pekan cowboy(meru/kapar). Misi mencari kedai motor. masa nie semua kedai tak bukak lagi, cuti katakan……no labour are working these time.

8:30am – Cari port kat kedai makan Kak Yam tepi sungai/longkang. Nasi lemak pinggan kecik(kedukut punya org), roti canai basah(org yg buat tu macam lepas gi jogging).

9:15am – HG dah jumpa bateri AAA(jaguh) kat kedai motor dan berjaya menyelesaikan masalah …..

10:45am – Sambung Ride…….Kuala Selangor jem gilak…..aksi cilok

11:20am – Jumpa JPJ kat Pasir Penambang, bob terkejut beruk terus buat pusingan ‘S’ only aku dan EK jer yg berjaya melepasi halangan…. (sebenarnya tak da apa2 pun….) group berpisah …. dia org terus laluan ke Sekinchan dan berjumpa di petronas.

12:00pm – Teruskan ride melalui Sg. Besar – Sabak Bernam -Hutan Melintang – Lekir – Seri Manjung stop kat petronas.

2:30pm – Sampai kat check point akhir hari pertama iaitu rumah kampung aku ( Kampung Baru Ayer Tawar).





3:00pm – Aksi makan dan baring-baring terjadi.

5.00pm – Keluar untuk gi main Paintball kat Teluk Batik (thank to A.P. aka Anak Pintar). Prospect vs. Full Members. Win by Prospect 3-1

7.10pm – Lepak kat pantai Teluk Batik…banyak mat rempit

8.30pm – Motor HG problemwith the bateri and Pako pun tetiba motor habis klac plate pastu boleh sesat lagi ….sian Min kena jadi mangsa..

9:30pm – baru sampai rumah dan semua penat tak larat nak keluar lagi malam tu.

12.30am – pertandingan bunyi-bunyian masa korang tidur………

4:15am – hujan lebat turun dan yang lain2 masih dalam pertandingan lagi……. lead by bob and datot.






Mini Trans Peninsular Ride




Gong Xi Fatt Choi…… aku akan gi ride ker ke timur dan selatan semenanjung Malaysia.
CG akan mengadakan official ride sebagai pembuka tirai 2009.
“MINI TRANS PENINSULAR 2009″
Details :
Route :
1st day – KL – Kuantan (geng kontan bole join kat cni, kalau berani laa..) – Kuala Terengganu – Besut – Rantau Panjang – Rest (umah kg aku – penginapan free)
2nd day – Rantau Panjang – Jeli – Tasik Banding – Rest (chalet atas air – rate akan diconfirm kemudian)
3rd day – Tasik Banding – Pengkalan Hulu – Kuala Kangsar – Tanjung Malim (kena pau yik mun dulu) – KL
4th day – rehat kat sarang masing2..
Bajet : RM300 utk minyak, makan & peninapan. To be safe bwk RM500. Mana tau ada yg nk shopping kat Rantau Panjang ke. Atau terlajak masuk Golok ke (brek takde.. hahaha).
Date : 24 January 2009 – 26 january 2009 (cuti raya cina)

Permulaan aku sebagai blogger


Just try to write a blog and share my life with u….mana tau kot ada yang boleh buat tauladan ker ??? Dah lama nak cebur dalam bidang nie balik tapi masa jer tak cukup-cukup. (Gambar) Nie gambar meja kerja aku, sebagai IT ServiceDesk Agent. Penat kerja nie, kena layan kerenah orang, tapi kenkadang o.k gak……. Kena hari yang tak baik, kena maki pun ada. Dah kerja….layan jer laaa….