|
Paul John Teutul |
Chopper ini dilancarkan pada 23 Mac 2012 di perkarangan PWTC jam 6 petang oleh PM kita. Kalau dilihat dari segi reka bentuk dan warna, ramai yang berpendapat bahawa ianya biasa sahaja. Aku pun rasa macam dah biasa tengok chopper macam nie kat Malaysia. Mungkin sebab kita dah biasa lihat reka bentuk yang dibuat oleh OCC kot.
Yang menjadi tanda tanya ialah dari segi kos dan siapakah pemilik motorsikal ini? Adakah ianya diluluskan untuk berada di jalanraya atau hanya dibina untuk tujuan promosi? Ramai yang mengeluh jika ianya menggunakan dana rakyat (wang dari pembayar cukai). Jadi jika tanda tanya ini masih menjadi teka-teki oleh rakyat terutama 'bikers' di Malaysia yang membayar cukai, pihak kerajaan atau agensi kerajaan perlulah memberi keterangan yang sejelas-jelasnya.
Bagi aku, chopper ini dibina tanpa seliaan pakar2 pembina chopper di Malaysia yang lebih arif dengan keadaan dan susila negara. Ramai yang tidak puas hati dengan tempat plat yang diletakan jalur gemilang berdekatan di kaki. Logo 1Malaysia yang tidak standard serta benda-benda lain. tapi apa yang menarik ialah oil cooler yang berbentuk menara Petronas yang berfungsi.
Terdengar juga keluhan pembina-pembina chopper di Malaysia yang berada disitu yang dijemput untuk menayangkan hasil kreatif mereka tidak dilawat oleh PM. Apa gunanya "kera di hutan disusukan". Sekurang-kurangnya satu sesi lawatan ringkas pun sudah cukup.
Aku masih mempunyai fikiran positif bagi apa yang berlaku. Seperti yang kita ketahui bahawa siri rancangan American Chopper ini dibawa oleh Discovery Channel yang mendapat liputan hampir seluruh dunia. Jadi dengan menggunakan medium ini, dapat kita mempromosikan pakej pelancongan yang dilancarkan pada hari tersebut yang dikenali sebagai " 5 Mountain Tour" yang bertemakan perjalanan yang menggunakkan motosikal berkuasa besar. Jika ini dapat dikembangkan dan disatukan dengan majlis 'Bikes Week' yang sering diadakan di Malaysia maka lebih mantap lagi. Tak juga dilupakan bahawa program ini boleh diunjurkan terus ke negara jiran yang popular dengan Bikes Week yang terbesar di Asia.
Tapi apa-apa pun, satu garis panduan baru perlu di ketengahkan bagi memajukan sektor pembinaan automatif terutama dalam pembinaan motosikal. Semua ditangan pemimpin kita untuk merealisasikan kehendak peminat motosikal custom.........