Wednesday, September 30, 2009

Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds

Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM).

Di peti dari forum kawan...kalau dia tipu saya....saya pun tipu awak semuaaa.......hahaaa

Sakit oh Sakit.......

Hari nie aku kena sakit mata dan deman sekali.......2 in 1..... Doktor kasi MC. Dia kata aku kena duk umah cam anak dara zaman Melayu Melaka.... tak boleh bersosial...... aduihh..

Hari nie tak sempat nak pekena nasi dengan kari....... aku makan 2 biji panadol dan air 100 plus jer. Petang satu kali lagi makan 2 biji panadol..... ubat gatal mata aku skip laaa malas nak makan, cukup laa dengan 2 biji panadol.

Aku layan tidur dari kul 11 pagi sampai 9 malam..... nie mata dah tak leh nak tido ..........esok nak gi kerja lak tu...ish..ish.........ada yang kena amik MC lagi nie.

Suhu badan dah pulih sediakala.....kira dah boleh layan karaoke laaa.... mata ada macam apek sikit, merah tu dah kurang laaa tapi bakteria jahat masih tak mati lagi laaa .....dia lepak lagi kat mata aku lagi.

Apa laa punca aku sakit nie??? nak kata kena hujan......entah laa...pagi tadi ada laa hujan turun tapi tak kena kepala....... sakit mata lak ....hmmmm nak kata ngintai anak dara, rasanya tidak kot......pandang-pandang ada laa hehehee......takkan sampai merah.......aduiih gatal nye.....rasa macam nak cabut dan cuci jer bijik mata nie.

Muka aku ketika baru sembuh.......mata masih merah dan berair lagi......

Sunday, September 27, 2009

Nak Cari Ubat ke Nak Cari Pengganti.....

Macamana nak sembuh sakit hati yang menghiris perasaan nie. Aduh, sakit juga hati nie walaupun aku rasa aku dah macho dan sasa (wakakak ...perasan laa tu).

Bagaimana nak hadapi kalau dalam hati masih pedih dengan apa yang telah berlaku..... Terdetik rasa hati nak cari yang lain, namun ada suatu perasaan yang mengikat tebal dalam jiwa.

Motor oh motor....engkau laa madu dan engkau lah racun. Tungganglah orang yang tersayang......

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

Salam aidilfitri.......Raya nie aku kat kampung yang tiada liputan wimax. Nie pon ada kesempatan ke CC. Any way aku mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan dan musuh kalau ada ...... ampun maaf dari tayar depan sampai tayar belakang eksos........

Gambar nie masa aku buat pit stop kat mesjid kat Sekinchan. Amik berkat...penat seh.... time bulan posa..


Kereta buruk aku yang berjaya sampai ke kampung


Yang nie gambar aku nak gi semayang raya .......baju melayu punya kaler skim warna cokelat cair....

Wednesday, September 16, 2009

Countdown .....2 hari sebelum raya......Are u ready?

Aku masih lagi pergi kerja macam biasa. Cuma suasana jer luar biasa, sebab rasa macam kerja kat company yang nak gulung tikar.... ramai pekerja lain kena buang...hahaha.. ramai dah cuti laaaa..

Hari nie meeting pun aku cancel last minit, membebel laa boss aku...wakakaka, tapi bila aku dah siap presentation slide dan siap booking date untuk meeting lepas raya, terus kasi naik aku punya KPI value.

Eehh ....tajuk lain citer alin lak... okay back to the main topic, aku masih lagi tak beli baju melayu untuk tahun nie. Macam biasa laa last minute shopping. Mengharap dapat harga belas ikhsan..... mana tau kot reski kan..kan.

Fesyen baju melayu aku nak pakai tahun rasanya baju melayu Johor, very simply and no need to buy the button anymore. Malas laa...asyik berkarat jer butang baju melayu nie. Color tema tahun nie ....warna dark brown.....or light cream. Agak-agak kat Giant ada lagi tak baju color nie??  Dapat murah sikit dalam RM50 hinggit.

Kereta dah servis dan dalam keadaan baik punya. Semalam aku test kat hiway boleh maintain dalam 160km/h  dan stabil tapi macam biasa laa, time raya mana leh pecut cam tu, Jem sana sini.

Motor pun dah servis tapi kena simpan dalam rumah elok-elok sebab takut ada lak yang buat kempen Sapu Malaysia lak..... abih semua dia nak sapu nanti......paham-paham sendiri laa.

Kueh raya....aarrggh malas nak fikir, aku rasa bagi biskut kering ke, biskut lutut ker lagi baik, sebab rasa kueh raya yang dijual tu lebih kurang sama jer walaupun berbeza nama.....kat Arab tak sibuk pun nak buat kuih raya cam kat Malaysia nie.

Baju raya ...checked, seluar raya...checked, kasut raya....KIV, duit raya.......aiik...skip..... hahaha tak sempat laa nak tukar duit...... boleh laa kasi alasan kat bebudak nanti.

Aku rasa itu aje laa persiapan aku buat masa nie. Lagi pun sibuk ngan kerja dan study...... lepas raya nie kena pulun belajaq balik. Banyak topik dah lupa laaa...hahahaa

Tuesday, September 15, 2009

Duit oh duit......


Minggu ini paling mencabar bagi poket aku. Mau nya tak....... motor rosak, kereta rosak, persiapan raya, bayar hutang, bayar bill dan pada perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Motor gigit aku 2rat, kereta lak 2k...... huhuhhhuhuu .... belum yang lain-lain lagi. Bila dikira-kira balik mau dah dekat 4k laaa dalam satu minggu.

Tapi aku bersyukur pada illahi yang memberi reski, aku dikurniakan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kalau ada reski yang lain, harap dipermudahkan lah......

Sunday, September 13, 2009

Happy Birthday Frenz......Elkay

Jumaat malam sabtu, hari biasa kita orang lepak kat MMZ Bukit Jelutong. Di sini lah mamat-mamat yang mula mengemari motor easyride berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat, barang dan awek....heheee jangan harap.

11 September adalah besday Elkay........hehe jadi aku postkan gambar-gambar kenangan kat sini. Aku tak sempat nak siram, sebab terorder air yang mahal. Kalau air kosaong boleh la join siram sekali......

Saturday, September 12, 2009

Lepak Malam Minggu

Semalam aku ada meeting with the gang kat uptown damansara. First time aku tengok memalam minggu senyap sunyi kat uptown. tak yah cari-cari parking. Sampai jer boleh terus parking kat depan tempat makan. Ehh ..aku naik motor...memang la senang. Tapi kat situ memang lengang. Tapi aku laa siap tawaf dekat 3 kali cari memember aku lepak mana tah. Nak call lak credit abih nie laa bahananya pakai topup. time genting jer mesti abih credit.......

Nasib baik laa motor aku bunyi macam menyakitkan hati orang lain jadi member aku call tanya, "alo kawan, sudah dapat haji ka??". Aku kata" Woii mana korang lepak... sapa laa buat meeting kat tempat camnie??". Nasib baik jumpa dia orang. Sampai duduk-duduk, layan kuehtiaw goreng ngan teh 'o' ais, buat bersahur untuk esok. Tapi tempat duduk agak tersorok, sebab kita orang buat perhimpunan haram, karang tak pasal kena tahan polisi lak. Jadi tak nampak la orang lain masa tu. Tu  yang rasa mengantuk jer, kalau ada awek-awek lalu lalang .....cerah jer mata memasing. wakakakaaa. cuci mata.

Abis meeting kul 12.30am, member ajak gi Kelana Jaya lak layan bola MU lawan Spurs. Aku sorang jer yang bawak motor....cisshh. diaorng nie takut ada roadblock laa tu ... layan jer laa. Ramai gak orang layan bola kat Syed Bistro. Awek pon boleh tahan, tapi semua sudah ada escort laa. Aku tengok member aku layan roti telur banjir...terasa macam nak test lak...aku pon order juga. Kuehtiew tak hadam lagi....hentam aje laa... minum ngan 100campur.

Kul 2.30 am baru habis, MU menang. Tetiba jer hujan macam mau turun. Aku pun cepat-cepat blah.....tetiba aku tengok member aku gi kumpul ramai kat kaunter. Ehh aku rasa pelik lak naper diaorang tak blah lagi.. aku dah siap start motor dah...baru aku perasan yang aku tak bayar lagii... heheee nasib baik hujan turun lebat sikit.....jadi coverline yang aku terus gi beratur kat kaunter bayar...kalau tak makan free laaaa.

Bila dah settle aku pun blah ......sampai shah alam.....jalan masih bertakung air lagi...maknanya hujan lebat laa kat situ. Tapi macam biasa ....walaupun hujan dah berenti, air jalan tetap naik ke badan aku....huhuhuh..tak de fender depan..

Kul 3 am baru sampai rumah...sampai jer terus bambam.....zzzZZZZZZ

Berteduh di Berjaya Time Square

Hari Jumaat lepas, aku amik half day sebab ada hal sikit. Lepas dah settle hal aku, aku terus gi Lowyatt jenjalan.
Tiba-tiba hujan turun lebat.... aku lari ke Imbi Plaza ...tapi macam dah tak best masa dulu-dulu. Dah banyak kedai dah tak der. Aku rasa banyak dah pindah ke Lowyatt.

Aku lari ke BB Plaza... ramai awek orang, ada pertandingan tarian MJ lagi. Rasa bosan aku lari ke Berjaya Time Square. Hujan masih lebat, perut lapor.....berjalan jer, tak rehat-rehat lagi. Nie laa bila tak ada tujuan jalan-jalan, nak shopping pon tak cuma nak berteduh.....

Pusing punya pusing, jumpa laa satu barang yang lama nak beli tapi tak kesempatan. Tadaaaaaa...... hood cap.....ehh betul ke.. apatah namanya...  Boleh laa aku pakai bila malas nak sikat rambut atau lepas bangun tido dan malas nak bersiap. Nampak jahat dan ganas tak?? Hehehe baru laa nampak macam biker sikit.....

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di Kelas.....Beshh... Anak-anak Dara Masakkan....

Aku nak ucap terima kasih bebanyak pada kenkawan kelas ADS terutama pada trio 'Wonderpet' gurls... sebab jemput aku berbuka kat kelas. Walaupun jemputan secara FB....kira canggih laa .

Minta maaf laa kalau tak makan tahap dewa lapar......sebab bawak satu tank kecik jer...... kalau bawak spare tank tu .....boleh laa ngadap makan lelama. Kalau ikutkan hati, nak jer tapau bawak balik.....tapi aku  jarang makan nasi putih waktu sahur. Biasa makan nasik goreng cina kat kedai mamak jer.... yang lain cannot go laa pepagi camtu. Mamak tu pun dah kenal aku .....siap ada chop kat dahi lagi.

Aku respek laa, diaorang masih boleh masak lauk memacam, dari masakkan tradisional hingga ke desert moden.  Untung sapa dapat jadi laki diaorang......sure debab lepas kawin....wakakaaa.

Lepas makan kenyang, masuk belajar balik mula laa rasa mengantuk dan layu jer dengar lecturer mengomel depan tu. Jawab nya kena baca balik laa topik hari, sebab tak bagi tumpuan penuh.

Dibawah ini adalah muka makcik kantin yang menyediakan makan....huhuhuhu...lelawakan...

Antara yang berjaya menghabiskan makanan yang sedap-sedap.......

Antara "Good Sign" and "Peace Sign"..........finger sign yang paling diaorang suka guna.........

Sumbangan gambar dari Meza.....

p/s: gambar aku tak der ....huhuhuhhuu.....

Wednesday, September 9, 2009

Bateri Motor dah Weak

Pagi tadi masa dah siap-siap nak bertolak ke tempat kerja, motor aku tak leh nak start. Puas lah aku suis on - off dan free kan gear berkali-kali. Muka dah pucat..... "Aiisay...today nak kena amik MC ke nie.....??" itu yang terkeluar dari mulut aku.

Namum semangat power ranger untuk ke ofis masih ada, dan dengan sisa-sisa masa tambahan sebelum aku buat keputusan drastik, aku tolak motor yang agak gedabak tu macam nak gi jogging pagi.. eh dah lama aku tak gi jogging kan.. ok sambung balik... agak-agak dan laju sikit aku lepas klac....dalam keadaam gear 3, bunyi macam nak start tapi tak berjaya lagi... masuk kali ke-3, dikala peluh sudah hampir nak keluar dari permukaan kulit aku, motor aku pon berjaya dihidupkan. Waduh waduh..... nasib baik leh gi kerja.

Aku bernasib baik kerana motor aku baru berkapasiti 250 cc, kalau 500 cc keatas.....gamak nya kena gi amik MC ler....

Kerja atau Dikerjakan

Hari aku tak berapa busy tak berapa rilek....yang sedang-sedang jer... Pagi tadi organize orang nak buat demo......petang meeting KPI(menetukan dapat bonus tahunan).

Kalau orang arah kita buat kerja.......kita buat.. kira kerja laa tu... tapi bila kita kerja kita ada masalah sikit....kita dikerjakan pulak..... bukan nak fix the error... but keep on adding more problem. Tu laa budaya kerja di Malaysia agaknya. Macam mana laa nak jadi syarikat yang berstatus antarabangsa.

Aku kadang rasa macam nak tukar kerja jer. Tapi dalam keadaan cam sekarang nie dicampur lak dengan ekonomi masih melarat, nak demand gaji kat luar pon rasa mcam suam-suam kuku jer. 

Tunggu lah nanti aku dah abih study nanti ...boleh la aku cuba minta kerja lain yang lebih menarik....#@5%%**%^$!!

Monday, September 7, 2009

Ride Sahur dan Majlis Berbuka Puasa Choppersgarage

Pada jumaat malam 4 Sept 2009, Choppersgarage Communitty anjurkan 'Ride Sahur' ke Bandar Baru Bangi. Start kul 2 pagi dari Bukit Jelutong, Shah Alam.

Macam biasa, aku layan citer Nur Kasih yang islamic pastu terus layan titon sampai kul 12 malam. Bangun2 terus buang sarung tukar jeans..... keluar rumah ....dah macam batman lak keluar lelewat malam..... Bila nak star engine motor mula cuak .....karang ada yang baling batu....tapi apa nak buat 'Loud Sound Save Lifes'..eksos aku yang merdu tu meraung memecah kesunyian malam.



















Sampai kat tempat pertemuan, dah ramai yang melepak menunggu masa. Sempat layan citer batman kejap. Bila sampai masa nak roll on.... ada satu mamat tak sampai lagi.... ahh pedulikan dia...kitaorang cabut dulu.. sapa suruh lambat.....



















Keluar dari hiway NKVE terus ke KLIA ... masing-masing tak ikut rules walaupun we always breaking the rules... Ride macam anak kambing...  bersepah-sepah kat hiway tu. Nasib baik tak banyak umat yang guna hiway time tu. Sampai kat RnR Dengkil, semua kena sound ngan Chief de Mission ....

Sambung ride balik.....mamat yang kena tinggal tu berjaya menggunakan hikmat seretan bintang tak bermeter. Bila masuk jer hiway....terabur lagi ...... terpaksa laaa aku menjadi cowboy untuk menghalau kambing-kambing nie masuk ke position yang betul. Bukan apa, karang orang ingat gengster mana lak buat hiway tu jalan bapa dia lak.

Sampai kat restoran Soho.... sebab restoran lain banyak dah tutup ..baru kul 3 pagi... makan jer laa kat situ. Layan-layan sembang dah dekat kul 4.30 pagi..... Ada satu mamat tu cepat-cepat nak blah....sayang bini....konon.. Adalaa tu, pertarungan belum selesai....wakakaaa...

Dari Bangi ke Shah Alam, aku balik sensorang....... pecut lalu kat seri kembangan.....wahh ada roadblock tapi nasib baik seberang jalan.....masuk federal hiway.... pecut terus tak tengok kiri kanan.... masa nie rasa besh laa kau ...kalau gi kerja jalan lengang cam nie kan boleh bawak keta gi ofis. Tak sampai 10 minit dah sampai Shah Alam. Masuk rumah jer dah kul 5 pagi...ingat nak sambung sahur...... tapi perut kenyang lagi pergi titon...........zzzZZZZZZ ......sedar-sedar jer dah kul 3 petang.......

Lepas mandi dan berhias macam pompuan ....... tercall Antulapar " Wallo .....lauk cukup tak kalau aku sampai.... " dia jawab " Mari-maria ......"  kul 6.30 petang aku terus meluncur laju gi ke Puchong Perdana. Pandang punya pandang ...nampak kedai makan yang patut dituju tetapi disebabkan juru landskap yang bangang buat design taman tu, aku terlajak sampai hujung taman.... kena patah balik.....itu pun kira kalau aku lintas longkang tu tak sampai 2 minit sampai. Aku pusing hampir 10 minit 49 saat.... baru sampai. Gambar diketika waktu berbuka posa.
Lepas berbuka, kitaorang lepak kat 'HungryGhost Custom Garage'. Layan sembang pasal motor yang akan diubahsuai mengikut bajet poket masing-masing. Aku masih lagi menabung untuk membeli motor kedua. Ntah bila boleh penuh tabung tu, aktiviti pengambilan keluar lebih banyak dari aktiviti kemasukan. Pastu aku tak ingat kul berapa aku gerak balik sensorang..............the end.

Baju Putih Belang Bukan Hidung Belang

Tadi aku pakai baju nie gi kerja. Kat ofis, ramai lak yang pakai kaler sama. Haah...bosannya kalau ramai, pakai corak yang sama, rasa macam group boria lak.

Tapi apa nak buat, lelaki tak banyak pilihan tentang pakaian. Takkan nak pakai kaler pink lak......karang dikata lelaki lembut lak....

Aku suka kaler hitam, biru dan putih sahaja. Yang lain tu  kira terpaksa beli sebab, kalau kita pakai baju kaler sama sahaja dalam satu minggu, nanti ada yang tegur tak basuh baju ker. Sedangkan baju aku kaler biru jer dah ada dekat 7-8 helai.

Sebenarnya aku tension sebab KL kerja, Selangor cuti........tu yang bosan tu. Tapi ramai yang pakai baju corak sama.....lagi laa bertambah tension.

Are You Brave Enough To Ride?


Kalau tengok dari rupa memang ganas dan ada unsur-unsur dark. Asal motor nie dari group Vrus. Sekarang tuan tanah dia dikenali hanya Own..... dari tanah tinggi. Jaguh nie telah diubah dari segi suspension yang memakai dead absorber lebih kurang macam ridgid frame laaa. Handel terus lekat pada fork dan mempunyai extrator eksos yang pendek. Sesuai untuk pemanduan litar namun kelajuan enjin masih dalam keadaan sederhana....kira mat rempit boleh tapau lagi laa. Motor nie sesuai bagi yang ingin dilihat gagah dan laju. Model di bawah bukan owner yang sebenar, hanya posing semata-mata. Motor ini dianggap rare sebab ramai  yang tak berani nak bawak depan JPJ. Karang tak pasal kena sita lak......

Sunday, September 6, 2009

KUALA LUMPUR BIKE RALLY 2009


Venue: Bukit Kiara Equestrian Club

Date: 23 & 24th October 2009
Decriptions:

-MOTORCYCLE SHOW
-BIKE COMPETITION
-BIKE & BIKERS CONTEST
-POKER RUN
-LIVE MUSIC
-CULTURAL DANCE
-INDIE MUSIC FEST
-CONCERT
-CHARITY BIKE WASH
-MOTORPARTS AUCTIONS
-CAMP SITE
-BIKE VENDOR
-CALENDAR GIRLS
-MOTOR CLUB VENDOR
-PARTY
-FOOD & BEVERAGES
-BURN OUT PIT
-MANY MORE...

Do support our local events through join our group events which is:

KUALA LUMPUR BIKE RALLY 2009

Dah tak lama dah nie.......harap2 tak der apa2 demonstrasi kat KL .....kalau tak kacau laa event nie... ramai polisi nanti mamat motor malu nak datang...... Kalau sapa2 nak datang boleh laa jumpa aku kat sana.....

Saturday, September 5, 2009

T-Shirt Design.......saja-saja jer



Bosan-bosan tadi aku lepak buat design t-shirt. Boleh laa buat sikit, mana tau kot member berkenan....boleh sumbang jasa sikit. Aku masih lagi belajar pakai photoshop, masih kekok lagi. Nanti sambung lagi......

Friday, September 4, 2009

KPI oh KPI

Dua minggu lagi, ada review KPI lak. Aduihh.... tahun nie tak terdaya nak capai keputusan yang baik rasanya. Jawabnya kureng laa bonus aku untuk dijoli katak kan tahun nie.

Bila time gini jer boss mula laa tunjuk sombong sikit, macam cikgu besar zaman jahiliah jer rupanye. Apa laa yang telah aku capai dalam KPI tahun nie, banyak yang kena Need Improvement(NI) .......tapi tak per, janji tak kena buang keje udah la. Zaman nie, peluang keje kena berebut-rebut. Kena lak ramai student yang dah grad tak der keje lak tu. Tapi nasib baik mak bapa diaorang kekaya...tak keje pon boleh pakai handpon, keta, motor dan lelain.

Tapi hari nie aku buat bodoh jer laa kat ofis, buat keje cam kerani baru 'check in' keje hari nie. Buat surat dari pagi sampai petang tak siap-siap lagi. Pastu layan fesbook lak tu.....ish..ish...ish. Memang patut aku dapat KPI teruk. Kerja tak serius langsung ......karton 'Wonderpets' pun lagi serius.....tolong binatang yang dalam kesusahan.

Harap-harap, minggu seterusnya, aku musti bersemangat.....apa yang penting?....."KERJASAMA".

Thursday, September 3, 2009

Mata dah Sembab

Sejak seminggu nie aku asyik lambat masuk tido. Kadang tido pun tak sampai 3-4 jam. Muka pon toya jer rasa sekarang nie. Bukan aku tak boleh tido tapi, banyak sangat mengadap depan laptop nie. Ini laa bahana internet, manusia lupa dunia lain yang lebih nikmat.

Dah laa kat ofis ngadap PC, pastu balik ngadap laptop. Mata pun dah start rabun balik, cermin mata pun nak kena tukar baru.

Tuesday, September 1, 2009

Toyol Baik dan Toyol Jahat


Memandangkan dah dekat dengan musim test.....aku tengok ramai kengkawan aku siap sedia dengan toyol?? aik bukan ke kena siap sedia dengan ilmu ker?? apa laa nak jadi dengan student sekarang.

Terasa macam hidup zaman purba laa pulak, hidup dengan belaan masing-masing. Kalau dulu kerja toyol mencuri duit.....entah laa ....aku masih tak dapat bukti kukuh secara saintifik cam ner toyol boleh curi duit? Tapi sekarang memang kerja toyol mencuri juga...dia curi ilmu bebudak yang maleh study.....jangan mare..aku pon kadang ada bela toyul nie..... Biasa laa aku nie pelajar part time jer...jadi banyak lagi masalah negara kena pikir. Lain laa bebudak full time...makan, tido, bola, bola, dating, toyol.... wakakaa.

Toyol yang baik, bila semua yang terukir indah tu ada dalam kertas soalan. Kalau toyol miss jer....salah kan toyol lak...yang tulis pun diri sendiri..lagi nak salahkan benda lain.... sengal separuh abad tul laa manusia cam nie.

Jadi aku berharap aku mampu bebas dari toyol ....yang jahat.........tinggal yang bebaik jer....tembak pun kena walaupun pejam mata.... 

Ride in September Rain

Pepagi aku keluar dari rumah.....awan mendung kelihatan. As a biker, cam biasa laa.... prepare apa yang patut untuk basah. Aku ada meeting kat bangi..... dan aku ada 2 route to choose. Maybe ain't my luck today. Sampai jer kat Tol Sg. Besi, hujan turun dengan lebatnya.... 75% basah..... lenjun. Aku pun park kat Shell lepas tol.

Aku message boss aku, dia lupa rupanya ada meeting. Aku ingat nak cancel jer tapi dapat tau meeting akan diteruskan. Waaaawawaa.... nie yang malas nie. Baju aku dah basah, belum masuk seluar yang dalam-dalam tu.

Meeting kul 9....tapi aku kat Shell dah kul 10. Pikir punya pikir, aku pun gerak walaupun hujan masih lagi turun.
Sampai jer...aku terus gi cari toilet. Dah macam citer Mr. Bean...nak keringkan baju dan seluar pakai blower yang sangkut kat dinding. Ada laa 2-3 mamat pandang...aku buat bolayan jer laaa.. Apa, buruk sangat kaa perangai aku. Ada laa dalam 20 minit aku cuba keringkan.... tapi tak berjaya.

Malas nak pikir panjang, aku masuk jer bilik meeting dalam keadaan basah-basah nie. Perrghh....aircond sejuk gilaa....... aku nak present 2-3 perkara.... siap mengeletar lagi cam gi mandi kat air terjun kat Cameron Highland.

Abih meeting jer aku terus balik rumah.....message boss aku cakap nak cutii......malas nak masuk kerja balik.
Sekarang nie masih terasa sejuk macam nak deman pon ada.....

Moral hari : Aku kena cari baju hujan baru yang betul-betul kalis air atau kalis peluru.....
Kalau laa ada teman cam dalam gambar nie kan bestt.....